Aug 13, 2009

Wira Tunggal






Wira Tunggal
merupakan komik kegemaran saya.
Wira Tunggal adalah komik yang dihasilkan di Hong Kong, ditulis dan dilukis oleh Wan Yat Leung.
Ianya sebenarnya adalah sambungan daripada komik Pendekar Laut.
Wira Tunggal sendiri telah mengalami banyak evolusi,
Pada mulanya, Wira Tunggal, kemudian Wira Tunggal Pheonix,
Wira Tunggal Infinity, Wira Tunggal Pendekar Laut, dan sekarang ini ialah Wira Tunggal Final.
Bagi sesiapa yang pernah membaca komik ini, bolehlah berkongsi pendapat dengan saya.
Saya suka akan komik ini kerana ianya sangat seronok dan unpredictable.
Antara watak yang saya suka dalam Wira Tunggal ialah:

  • Wunan(baik)
  • Wunan(jahat)
  • Sang Asura
  • Harimau Kumbang
  • Rimau Taring
  • Topeng Perak
Antara hikmat-hikmat yang popular dalam Wira Tunggal ialah:
  • Tinju Maut Pendekar Laut
  • Hikmat Asura
  • Tinju Maut Raja Obor-Obor
  • Hikmat Parang Neraka
Dan banyak lagi.
Saya mula mendalami bidang membaca komik ini sejak kecil lagi.

Seingat saya, komik pertama yang menjadi koleksi saya ialah 'Dragon Ball'.
Kemudian, saya beralih kepada Wira Tunggal.
Dan yang terakhir sekali ialah majalah Gempak.
Kemudian saya tertarik dengan 1 majalah yang dikenali sebagai Kreko.
Dan juga Arena Komik.
Kedua-dua ini telah mengajar saya tentang manga, iaitu komik orang japang.
Dan sekarang saya masih lagi membelinya kecuali Gempak(sebab saya rasa majalah itu dah melalut) dan Dragon Ball(kerana dah tamat la).

untuk lebih lanjut,
mari layari:

www.wiratunggallegacy.com
www.oceancreative.com

Walau bagaimanapun,
Tidak dinafikan bahawa saya telah menghidap satu penyakit yang agak kronik akibat dari minat yang mendalam ini.
Maksud saya ialah mata saya telah rabun akibat salah satu perbuatan yang agak kurang memuaskan para doktor dan saintis.
Pada masa dahulu, saya suka membaca komik dalam keadaan yang mana tempat saya membaca itu kurang pencahayaan, iaitu diatas katil saya.
Maklumlah, saya tidur di katil bawah manakala adik saya tidur di katil atas.

...
...
...

Bagaimana dengan anda?
Adakah anda minat membaca?
Tak kiralah baca apapun, jadikanlah membaca amalan kita.
Kerana apa?
Anda tahu mengapa?
Iya?
Pernahkah anda terfikir mengapa kerajaan Malaysia mengeluarkan iklan-iklan berkenaan membaca?
Adakah ia kerana masih ada lagi rakyat negara ini yang masih lagi dikategorikan sebagai "buta huruf"?
Ataupun Bahasa Inggerisnya word blind?
Betul ke tu?
...?




Jangan diambil kira semua itu.
Konklusinya ialah jangan anda tinggalkan amalan membaca ini kerana
Read! in the name of your Lord who created.
Renung-renungkan ya adik-adik!


mentari merah di ufuk timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...