aku tak tau macamana nak cakap ni.
sebenarnya, aku kat sini dah diberi satu tugas yang sangat berat, memang berat gila wa cakap lu. kat mula-mula masa masuk dulu (walaupun aku dah agak benda ni akan berlaku) tak la terasa sangat. biasa la, kita ni manusia juga, memang akan hadapi la semua ni. kalau tak sekarang, mungkin esok, tulat, minggu depan, 20 tahun lagi ke, tak kisah la. bak kata ustad sorang ni, yang aku dengar dia bagi tazkirah kat kem baru-baru ni,
"manusia ini memang pasti akan menerima dugaan, dugaan ni macam hujan yang turun ke tanah, tau tak, cuma kita je manusia yang membezakannya". apa yang die ceritakan, tengok tanah ni, ada macam-macam jenis.
- ada yang terus serap air hujan tu lalu pokok tumbuh subur kat situ
- ada yang air hujan bertakung kat atas dia, pastu tak kering-kering sampai la binatang-binatang datang minum, dan habiskan air tu.
jadi, terpulang lah kepada kita sendiri untuk samakan diri kita macamana. hanya kita sahaja yang dapat kenal diri kita dari orang lain. itulah yang berlaku pada diri aku sekarang. macamana aku nak terima segal perkara yang datang macam hujan ni.
korang tau tak, bukan senang tau nak jadi pemimpin. sekarang ni baru aku tau macamana kalau kita ni jadik pemimpin. terlampau banyak benda dalam otak yang Allah jadikan ni. padahal yang guna kat otak in tak sampai pun 5%. banyak sangat yang kene fikir, banyak benda kene buat, kene bekerjasama, kene jumpe banyak orang, kene terima segala pujian dan tohmahan, kene banyak sabar, kene selalu beringat, kene pandai jaga mase, kene buat macam-macam.