puas sudah ku
mengatakan rasaku
pada dirimu resah jiwaku
namun setiapnya
kau terima begitu mudah
umpama aku sekadar melatah sahaja
bukan setahun dua
kita bina hubungan kita
ku risau kamu tak berfikir begitu
kuat didalam hati
ku rasa umpama mati
sebahagian dari
kasih untuk mu dalam diri ini
umpama insan hina
mengemis kasih entah ke mana
dengarkanlah rintihan ku segera
langit jadi mendung dan kelabu
angin bertiup nan sayu
titis air belenggu
dedaun lalu gugur disapu
berat limpahan itu
hujan di jiwaku
mudah tewas perasaanku
gugur air mataku
aku bukan begitu
namunku
hanya insan biasa
yang tiada lebih apa
sama di sisiNya