Apr 7, 2009

ade satu cerita..



tentang ice
Semalam malam, pihak Faculty of Science Computer and Mathematic telah mengadakan satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin di masjid al-Hikmah. Agak ramai jugak la pelajar fakulti yang hadir pada majlis tersebut. Ada yang menaiki kenderaan beroda dua, beroda tiga, tidak beroda dan macam-macam lagi.
Majlis bermula 3 minit 29 1/2 saat selepas solat Maghrib, dimana saudara Faiz memanggil saudara Bilal untuk mengemudi majlis solat hajat. Teringat pula saya masa zaman sekolah dulu. Kemudian, makmum yang berada di sebelah saya menanyakan kepada saya apa yang perlu dibaca untuk raka'at pertama kerana orang di sebelahnya bertanyakan kepadanya soalan yang sama tetapi dia tak tahu nak jawab macamana.
Jadi, saya pun cakap,
"rakaat pertama baca ayat Qursi.."
Lalu dia pun beritahu rakan sebelahnya itu. Sebelum itu, Bilal sudah menerangkan kaifiyat solat hajat di hadapan, dan rasanya ada beberapa orang yang tidak mengambil perhatian. Jadi, ambillah perhatian sebaik-baiknya apabila seseorang sedang bercakap, lebih-lebih lagi perkara yang penting.
Jadi, saya pun berfikir, macamana kalau rakan sebelah sebelah saya ni tak tanya apa yang perlu dibaca? Agak-agaknya berapa orang yang tak ambil perhatian masa Bilal cakap kat depan tu dan apa yang diorang akan bace? Pastu, agak-agaknya berapa orang yang berani tanya kat orang sebelah macam rakan sebelah sebelah saya ni? Saya pun tak tahu nak cakap macamana. Agaknya apa orang ni akan baca masa rakaat pertama? Rakaat kedua ke? Sah ke solat hajat diorang?Hm..
Bukan itu sahaja, lepas solat pun saya mulai terfikir persoalan2 yang macam-macam. Masa itu, masa orang baca Yassin. Saya perhatikan dalam ramai-ramai yang datang boleh dikatakan hanya beberapa orang sahaja ahli fskm yang datang sedangkan notis pemberitahuan sudah ditampal oleh "siapa-saya-pun-tak-tahu" yang bersusah payang menampal di hampir 10 tempat yang berbeza; di dinding2 bangunan yang berbeza, di tiang2 yang berbeza, di papan2 notis yang berbeza. Boleh saya katakan agak penat la saya kalau saya jadi "siapa-saya-pun-tak-tahu" tu. Apakah yang berlaku kepada mereka yang tidak hadir itu? Alangkah ruginya mereka kerana bagi mereka yang datang, mereka dapat ilmu yang baru, kaifiyat Solat Hajat contohnya, dan juga sehelai, mungkin dua atau tiga helai botol air yang sudah dibacakan surah Yassin dan juga kuih 'kesukaan saya'. Kemudian, selain dari pelajar diploma komputer sains dan pelajar diploma sains kuantitatif, ada juga pelajar dari pengajian lain yang turut sama menghadirkan diri untuk meramaikan lagi majlis dan mendapat pahala yang sangat besar saiznya. Saya pun terfikir bila saya nak jadi macam diorang. Dahle pergi masjid jumaat je. Hai..sodih den..apo nak jadi ngan den ni ha..
So, saya proceed ke lepas solat Hajat. Selepas itu, diadakan pula Majlis Bacaan Yassin, pun di'conduct' oleh Bilal.. Beliau cakap lepas bacaan Yassin tak sempat nak buat tahlil, so takpelah.. Mase tu en.Zainal pun ada gak, so dia jadi tetamu kehormat la
Sebelum bacaan Yassin tu, ada la beberapa orang yang tolong mengangkat botol2 air dan bukakan penutupnya termasuk la Bumak, kawan aku. Lepas habis bacaan Yassin tu, ade majlis penyampaian cenderahati sikit dan solat Isyak. Selesai solat Isyak, majlis pun selesai. Para makmum dijemput untuk mengambil air Yassin dan dibawa balik bilik dan juga ada disertakan sebungkus plastik. Bukan plastik kosong, tapi ada diisi kuih 'kesukaan saya' sebiji, dan 2 helai kuih karipap, inti kentang walhal yang lagi satu inti kacang. Ade ke karipap inti kacang? Ha, itu yang kita tak tahu..Saya pun ambil 3 helai plastik dan sehelai botol untuk dibawa balik ke bilik, dan disinilah bermulanya cerita "TENTANG ICE".

3 comments:

HiffZunnuri said...
This comment has been removed by the author.
HiffZunnuri said...

Ice..yup..keras..tp lg keras kpala n hati manusia sanggup tu x nk g bacaan yaasin n solat hajt coz nk study punya pasal..dahla study berdua je ngn kaum bkn sejenis..mana nk dpt nye keberkatan dr study tu?renung2kan dan slmt beramal..!nway,i wonder nape en.mazlan x dtg mlm tu?

koordinator said...

Salam...Saya malam tu bukannya datang sebagai tetamu kehormat..datang untuk mendapat menafaat bersama since saya pun dah jadi student...x tahu pulak x ada pensyarah lain yg datang...Mmg betul komen u..sedih tgk ramai student fakulti x datang..mungkin mereka x perlu keberkatan berdoa..tapi ada yg x tahu...mungkin masalah publisiti..
Lastly, Good Luck In Your Exam...