Nov 24, 2010

hari kejadian aku



hehe. salam sume. hari ini aku taklah bahagia sangat. tapi okey je. haha. so, untuk pengetahuan kamu sume, hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke 20 tahun. alhamdulillah. panjang umur aku. sampai juga aku merasa umur 20 tahun ni. Allah bagi peluang juga kat aku. syukur alhamdulillah.

24 11 1990

aku suke angka ni. sebab tarikh lahir aku la. takkan sebab benda lain kot. haha. sebab tu kadang-kadang segala yang berkaitan dengan angka ni aku suke. sebagai contoh, beliau di bawah ini







dan juga person yang tarikh lahir dia 24. yang di atas ni tarikh lahir dia bukan 24 pon. apapun, its such a coincident thats she's wearing no.24 and i like her. hehe.

well, tak banyak sebenarnya aku nak cerita pasal hari lahir aku niy. nak kata pasal suprise, tahun ni memang lain la. memang suprise betol2 aku dibuatnye. hahaha. masa tu besday dak pedah. kitorang kelluar pergi sunway, main iceskating. tak seronok sebab aku banyak jatuh. hahaha. then kami pon pergi makan, kat pizza hut. lepas habis makan tu, dorang buat la suprise. akak pizza tu bawak kek. aku pon ape lagi, nyanyi la kuat2 an. hahaha. sampai part "hapy besday to pedah~" aku pon join jela nyanyi. pastu ade plak "dan Tapah~"!! mak oi. terkejut aku seyh. pastu aku tak nyanyi terus kot. dorang nyanyi la sampai habis. pastu aku cakap bia betol. then tengok kat kek tu, tulis "HAPPY 20th BIRTHDAY PEDAH & TAPAH". waaa. sangat terkejut kot! hehe







thanks a lot guys! that is so suwweeet bebeh! dah la kek tu sedab! terbaek dari ladang dan lautan dalam. masyuk ! and deliciously sedap keyh! and it was a great suprise 4 me ! nice job peeps! hahaha.


anyway, ade last benda aku nak kongsi sam korang-korang sume. ini aku dengar kat radio, pernah tak korang dengar ikim.fm? mm, slot ustaz zahazan mohamed. sangat la seronok slot tu. masa tu, dia cerita yang orang arab dulu, dorang tak cakap umor brape tahun, tapi dorang cakap umur dalam hari. contohnya :

a : how old are u?
b : i'm 15023 days old.

lebey kurang camtu la. so, apakah tujuan diebut dalam bentuk hari? haa. sebab ini akan lebih mengingatkan kita. more to peringatan diri. one of the reason is each day, when we woke up, we will realized that we are getting older, we are getting near to the death. lagi satu, dengan hari, cuba kita kira, bayangkan dalam 1 hari tu kita buat 1,2,3,4 n more dosa, then try to calculate urself lah. ade tak hari yang kita tak buat dosa. so, itu berbalik lah pada diri masing-masing. so, ni yang aku kira tadi tok diri aku sendiri. bukan kira dosa tu, kira age aku la.

anyway, selamat malam then. and have a great day tomorrow ! thanks my frens! love u all so much !! daa ! :D

Nov 21, 2010

pisau tu tajam


raya korban. aku rase maseh tak terlambat lagi nak ceritakan pengalaman aku raya korban tahun ni. amat lah lain skali berbanding tahun2 sebelumnya. apa yang penting tahun ni, family aku korban seekor lembu. tu yang penting. alhamdulillah. lembu jantan. BESAU. hehe.

besau kot. kuat gile.

bagi sesiapa yang takda pengalaman mengadap sembelihan lembu ni, aku cerita skit la. tapi mungkin lain kot kat tempat korang. mula-mula, kene ikat la tali cam biase. lepastu tarik dua-dua kaki belakang lembu tersebut. selepas beliau tumbang. cepat-cepat ikat dua kaki belakang dan kemudian ikat kan dua kaki depan. selepas itu ikatkan kaki depan dan belakangnya. itu yang paling kritikal. sekali dia meronta, kita yang pegang tali macam nak terbang. kuat betol. lagi satu. kepala beliau ade dua tali. dan tarik ke arah yang bertentangan. nak 'lock' kepala lembu tu. tapi kepala dia tu yang kuat. yang pegang kepala je dah 4 orang. haha.

begitulah. kemudian, atok yang potong lembu tu akan selawat, bacakan nama korban tu, dan selepas itu takbir. dan atok tu pon potong la lembu tu punya leher. time tu pon kene pegang kuat-kuat. siap duduk la atas lembu tu. potong pon ada cara. tapi yang penting jangan lepaskan pisau tu. darah pon memancut keluar. sunat tok kita tengok darah tu. itulah ceritanya. btw, ade satu cerita tambahan. ni atok sedara aku cerita, atok yang sembelih tu cerita kat dia dan dia cerita kat kami. katanya, lembu tu ade 'orang' ikot. sebab mase dia potong leher lembu tu, parang dia rase kene gigit. zrap2 camtu. seram gak aku denga. memang betol kot. lagipon tu bukan lembu kedai. tu lembu nenek aku. memang kampung betol la. dan atok tu bukan calang-calang punye orang. 7 tahun pengalaman tu. tu cerita tambahan. cerita selanjutnya kalau nak, nnt aku cerita. haha.

masa melapah pon aku tolong tengok jugak sebab aku tak pandai pon bab melapah tu. ape yang penting masa melapah tu perot lembu tu. kena potong hati-hati. dan disebabkan ramai pro kat situ, aku pon tengok je. hehe. kemudian aku tolong potong daging kat balai. potong kecil-kecil. dah habis potong bungkus, dan hantar rumah ke rumah. tu la kerja aku raye pertama. penat memang penat.




hari kedua pulak.

ini lagi penat. haha. kali ni kat belakang rumah aku. 5 ekor. ni aku tolong tumbangkan sekali. penat seyh. sengal-sengal badan tak hilang lagi sampai sekarang. hahaha. walau apapun, ini pengalaman. sangat seronok sebenarnya. aku sama adik aku dengan sepupu aku. sepupu aku sorang ni rapat gila ngan kitorang, so raya haji ni raya kat sini, tolong sekali la korban.




tu 5 ekor belakang rumah aku

ni lembu no.5. ni je aku tolong lapah.


ni lembu no.1. mula2 kekok gak la.

tolong korban amatlah bagus. kerana aku dapat jumpa dan kenal orang. yang aku tak pernah nampak, yang tak pernah nampak aku, suma dah nampak. hahaha. jadi alhamdulillah. berkat aidiladha kot. anyway, selamat hari raya aidiladha . :D



Nov 8, 2010

hari kejadian beliau




selamat hari jadi to my best friend, en. mohd pedah a.k.a ilyas foo !
semoga Allah sentiasa bersama mu !