raya korban. aku rase maseh tak terlambat lagi nak ceritakan pengalaman aku raya korban tahun ni. amat lah lain skali berbanding tahun2 sebelumnya. apa yang penting tahun ni, family aku korban seekor lembu. tu yang penting. alhamdulillah. lembu jantan. BESAU. hehe.
besau kot. kuat gile.
bagi sesiapa yang takda pengalaman mengadap sembelihan lembu ni, aku cerita skit la. tapi mungkin lain kot kat tempat korang. mula-mula, kene ikat la tali cam biase. lepastu tarik dua-dua kaki belakang lembu tersebut. selepas beliau tumbang. cepat-cepat ikat dua kaki belakang dan kemudian ikat kan dua kaki depan. selepas itu ikatkan kaki depan dan belakangnya. itu yang paling kritikal. sekali dia meronta, kita yang pegang tali macam nak terbang. kuat betol. lagi satu. kepala beliau ade dua tali. dan tarik ke arah yang bertentangan. nak 'lock' kepala lembu tu. tapi kepala dia tu yang kuat. yang pegang kepala je dah 4 orang. haha.
begitulah. kemudian, atok yang potong lembu tu akan selawat, bacakan nama korban tu, dan selepas itu takbir. dan atok tu pon potong la lembu tu punya leher. time tu pon kene pegang kuat-kuat. siap duduk la atas lembu tu. potong pon ada cara. tapi yang penting jangan lepaskan pisau tu. darah pon memancut keluar. sunat tok kita tengok darah tu. itulah ceritanya. btw, ade satu cerita tambahan. ni atok sedara aku cerita, atok yang sembelih tu cerita kat dia dan dia cerita kat kami. katanya, lembu tu ade 'orang' ikot. sebab mase dia potong leher lembu tu, parang dia rase kene gigit. zrap2 camtu. seram gak aku denga. memang betol kot. lagipon tu bukan lembu kedai. tu lembu nenek aku. memang kampung betol la. dan atok tu bukan calang-calang punye orang. 7 tahun pengalaman tu. tu cerita tambahan. cerita selanjutnya kalau nak, nnt aku cerita. haha.
masa melapah pon aku tolong tengok jugak sebab aku tak pandai pon bab melapah tu. ape yang penting masa melapah tu perot lembu tu. kena potong hati-hati. dan disebabkan ramai pro kat situ, aku pon tengok je. hehe. kemudian aku tolong potong daging kat balai. potong kecil-kecil. dah habis potong bungkus, dan hantar rumah ke rumah. tu la kerja aku raye pertama. penat memang penat.
hari kedua pulak.
ini lagi penat. haha. kali ni kat belakang rumah aku. 5 ekor. ni aku tolong tumbangkan sekali. penat seyh. sengal-sengal badan tak hilang lagi sampai sekarang. hahaha. walau apapun, ini pengalaman. sangat seronok sebenarnya. aku sama adik aku dengan sepupu aku. sepupu aku sorang ni rapat gila ngan kitorang, so raya haji ni raya kat sini, tolong sekali la korban.
tu 5 ekor belakang rumah aku
ni lembu no.5. ni je aku tolong lapah.
ni lembu no.1. mula2 kekok gak la.
tolong korban amatlah bagus. kerana aku dapat jumpa dan kenal orang. yang aku tak pernah nampak, yang tak pernah nampak aku, suma dah nampak. hahaha. jadi alhamdulillah. berkat aidiladha kot. anyway, selamat hari raya aidiladha . :D
No comments:
Post a Comment