2nd Ramadan
Tarawikh hari ini berjalan macam biasa, dimana 20 rakaat dan diimami oleh Imam-aku-tak-tau-nama-dia. (sorry~ ^^,) Bukan apa, biasa la kan, tiap-tiap kali Ramadan je ade imam jemputan. Biasanya kat sini diorang jemput budak Tahfiz sekolah pondok. Jeles aku tengok. Muda-muda dah jadi Hafiz dah. Tapi kali ini itu imam datang dulu jadi imam besar Masjid Sultan Ibrahim, itu masjid biru tepi sungai Muar, masjid lama, bukan yang baru tu. So, selepas berakhirnya solat Tarawikh malam tu, tiba-tiba ada bungkusan-bungkusan yang aku-tak-tau-dari-mana. Jadi budak-budak pun dikerahkan untuk menyampaikan bungkusan tersebut kepada makmum yang tinggal. Aku ingat biasa-biasa je isi dalam, rupa-rupanya Koko Krunch!! Tekejut aku. Takdelah, ada buku kot. dengan tak semana-menanya aku pun jeling budak sebelah tu. dia pun dapat buku. Semua dapat buku kot. Pastu aku ingat buku semua sama je. Lepas tu layan kopi kejap tengok semua dapat lain-lain eh. Balik rumah tengok ayah aku pun dapat lain juga kot. Buku yang aku dapat tu buku 'Hikmah & Fadhilat Ramadhan'. Jadi baca pun tak habis lagi. Tamat sudah.
^_^