Dec 2, 2009

dicabut nyawa tiada terbilang

assalamualaikum

aku tak tau macamana nak cakap ni.

sebenarnya, aku kat sini dah diberi satu tugas yang sangat berat, memang berat gila wa cakap lu. kat mula-mula masa masuk dulu (walaupun aku dah agak benda ni akan berlaku) tak la terasa sangat. biasa la, kita ni manusia juga, memang akan hadapi la semua ni. kalau tak sekarang, mungkin esok, tulat, minggu depan, 20 tahun lagi ke, tak kisah la. bak kata ustad sorang ni, yang aku dengar dia bagi tazkirah kat kem baru-baru ni,
"manusia ini memang pasti akan menerima dugaan, dugaan ni macam hujan yang turun ke tanah, tau tak, cuma kita je manusia yang membezakannya". apa yang die ceritakan, tengok tanah ni, ada macam-macam jenis.
  1. ada yang terus serap air hujan tu lalu pokok tumbuh subur kat situ
  2. ada yang air hujan bertakung kat atas dia, pastu tak kering-kering sampai la binatang-binatang datang minum, dan habiskan air tu.
jadi, terpulang lah kepada kita sendiri untuk samakan diri kita macamana. hanya kita sahaja yang dapat kenal diri kita dari orang lain. itulah yang berlaku pada diri aku sekarang. macamana aku nak terima segal perkara yang datang macam hujan ni.


korang tau tak, bukan senang tau nak jadi pemimpin. sekarang ni baru aku tau macamana kalau kita ni jadik pemimpin. terlampau banyak benda dalam otak yang Allah jadikan ni. padahal yang guna kat otak in tak sampai pun 5%. banyak sangat yang kene fikir, banyak benda kene buat, kene bekerjasama, kene jumpe banyak orang, kene terima segala pujian dan tohmahan, kene banyak sabar, kene selalu beringat, kene pandai jaga mase, kene buat macam-macam.

Aug 13, 2009

Wira Tunggal






Wira Tunggal
merupakan komik kegemaran saya.
Wira Tunggal adalah komik yang dihasilkan di Hong Kong, ditulis dan dilukis oleh Wan Yat Leung.
Ianya sebenarnya adalah sambungan daripada komik Pendekar Laut.
Wira Tunggal sendiri telah mengalami banyak evolusi,
Pada mulanya, Wira Tunggal, kemudian Wira Tunggal Pheonix,
Wira Tunggal Infinity, Wira Tunggal Pendekar Laut, dan sekarang ini ialah Wira Tunggal Final.
Bagi sesiapa yang pernah membaca komik ini, bolehlah berkongsi pendapat dengan saya.
Saya suka akan komik ini kerana ianya sangat seronok dan unpredictable.
Antara watak yang saya suka dalam Wira Tunggal ialah:

  • Wunan(baik)
  • Wunan(jahat)
  • Sang Asura
  • Harimau Kumbang
  • Rimau Taring
  • Topeng Perak
Antara hikmat-hikmat yang popular dalam Wira Tunggal ialah:
  • Tinju Maut Pendekar Laut
  • Hikmat Asura
  • Tinju Maut Raja Obor-Obor
  • Hikmat Parang Neraka
Dan banyak lagi.
Saya mula mendalami bidang membaca komik ini sejak kecil lagi.

Seingat saya, komik pertama yang menjadi koleksi saya ialah 'Dragon Ball'.
Kemudian, saya beralih kepada Wira Tunggal.
Dan yang terakhir sekali ialah majalah Gempak.
Kemudian saya tertarik dengan 1 majalah yang dikenali sebagai Kreko.
Dan juga Arena Komik.
Kedua-dua ini telah mengajar saya tentang manga, iaitu komik orang japang.
Dan sekarang saya masih lagi membelinya kecuali Gempak(sebab saya rasa majalah itu dah melalut) dan Dragon Ball(kerana dah tamat la).

untuk lebih lanjut,
mari layari:

www.wiratunggallegacy.com
www.oceancreative.com

Walau bagaimanapun,
Tidak dinafikan bahawa saya telah menghidap satu penyakit yang agak kronik akibat dari minat yang mendalam ini.
Maksud saya ialah mata saya telah rabun akibat salah satu perbuatan yang agak kurang memuaskan para doktor dan saintis.
Pada masa dahulu, saya suka membaca komik dalam keadaan yang mana tempat saya membaca itu kurang pencahayaan, iaitu diatas katil saya.
Maklumlah, saya tidur di katil bawah manakala adik saya tidur di katil atas.

...
...
...

Bagaimana dengan anda?
Adakah anda minat membaca?
Tak kiralah baca apapun, jadikanlah membaca amalan kita.
Kerana apa?
Anda tahu mengapa?
Iya?
Pernahkah anda terfikir mengapa kerajaan Malaysia mengeluarkan iklan-iklan berkenaan membaca?
Adakah ia kerana masih ada lagi rakyat negara ini yang masih lagi dikategorikan sebagai "buta huruf"?
Ataupun Bahasa Inggerisnya word blind?
Betul ke tu?
...?




Jangan diambil kira semua itu.
Konklusinya ialah jangan anda tinggalkan amalan membaca ini kerana
Read! in the name of your Lord who created.
Renung-renungkan ya adik-adik!


mentari merah di ufuk timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...

Jul 17, 2009

tempat ku dilanda selsema babi


mengapa ini berlaku?

adakah kerana babi punya salah?

ataupun selsema?

aku pun tak tau la macamana uitm ni kena virus h1n1 ni..bukannya apa,
bagi mereka yang belajar kat sana la, mase daftar dulu, kan dorang ada tanya

"adakah anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut????"

dan rasa aku la, takkan ada orang yang akan mengaku punya la..
bukan apa, memang la '''mencegah itu lebih baek dari mengubati''',
tapi kalau setakat tanya2 macam tu,kalau aku selsema mase tu pun aku tak mengaku.

jadi nak salahkan siapa?

mari sama2 salahkan diri kita sendiri la..kenapa Allah hantar virus Influenza A tu kat kita?
kenapa? mesti ada sebabnya..

so, kite sama2 la fikirkannya..

Jun 3, 2009

Takutkah anda??

Rasulullah SAW bersabda :

Takutlah ghibah (mengumpat). Ia lebih buruk dari berzina. Lelaki berzian lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampunni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya




bagaimana? adakah anda sudah dimaafin?saya disini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepad anda semua tidak kira dimana jua anda berada, apa jua anda sedang lakukan, tidak kira waktu dan juga masa, maafkan saya ya. saya akui saya memang ada mengumpat kamu semua, walaupun mungkin tidak ada, tapi saya minta maaf juga ya..

May 14, 2009

the arrivals!!!

welcome to the last stage of the arrival of the


ANTICHRIST!!!

Apr 25, 2009

can you do this??

Can U read this?
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid,
aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt
tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas
tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.
If you can read this, your brain is 50% faster
than those who can't

Apr 7, 2009

ade satu cerita..



tentang ice
Semalam malam, pihak Faculty of Science Computer and Mathematic telah mengadakan satu majlis solat hajat dan bacaan Yassin di masjid al-Hikmah. Agak ramai jugak la pelajar fakulti yang hadir pada majlis tersebut. Ada yang menaiki kenderaan beroda dua, beroda tiga, tidak beroda dan macam-macam lagi.
Majlis bermula 3 minit 29 1/2 saat selepas solat Maghrib, dimana saudara Faiz memanggil saudara Bilal untuk mengemudi majlis solat hajat. Teringat pula saya masa zaman sekolah dulu. Kemudian, makmum yang berada di sebelah saya menanyakan kepada saya apa yang perlu dibaca untuk raka'at pertama kerana orang di sebelahnya bertanyakan kepadanya soalan yang sama tetapi dia tak tahu nak jawab macamana.
Jadi, saya pun cakap,
"rakaat pertama baca ayat Qursi.."
Lalu dia pun beritahu rakan sebelahnya itu. Sebelum itu, Bilal sudah menerangkan kaifiyat solat hajat di hadapan, dan rasanya ada beberapa orang yang tidak mengambil perhatian. Jadi, ambillah perhatian sebaik-baiknya apabila seseorang sedang bercakap, lebih-lebih lagi perkara yang penting.
Jadi, saya pun berfikir, macamana kalau rakan sebelah sebelah saya ni tak tanya apa yang perlu dibaca? Agak-agaknya berapa orang yang tak ambil perhatian masa Bilal cakap kat depan tu dan apa yang diorang akan bace? Pastu, agak-agaknya berapa orang yang berani tanya kat orang sebelah macam rakan sebelah sebelah saya ni? Saya pun tak tahu nak cakap macamana. Agaknya apa orang ni akan baca masa rakaat pertama? Rakaat kedua ke? Sah ke solat hajat diorang?Hm..
Bukan itu sahaja, lepas solat pun saya mulai terfikir persoalan2 yang macam-macam. Masa itu, masa orang baca Yassin. Saya perhatikan dalam ramai-ramai yang datang boleh dikatakan hanya beberapa orang sahaja ahli fskm yang datang sedangkan notis pemberitahuan sudah ditampal oleh "siapa-saya-pun-tak-tahu" yang bersusah payang menampal di hampir 10 tempat yang berbeza; di dinding2 bangunan yang berbeza, di tiang2 yang berbeza, di papan2 notis yang berbeza. Boleh saya katakan agak penat la saya kalau saya jadi "siapa-saya-pun-tak-tahu" tu. Apakah yang berlaku kepada mereka yang tidak hadir itu? Alangkah ruginya mereka kerana bagi mereka yang datang, mereka dapat ilmu yang baru, kaifiyat Solat Hajat contohnya, dan juga sehelai, mungkin dua atau tiga helai botol air yang sudah dibacakan surah Yassin dan juga kuih 'kesukaan saya'. Kemudian, selain dari pelajar diploma komputer sains dan pelajar diploma sains kuantitatif, ada juga pelajar dari pengajian lain yang turut sama menghadirkan diri untuk meramaikan lagi majlis dan mendapat pahala yang sangat besar saiznya. Saya pun terfikir bila saya nak jadi macam diorang. Dahle pergi masjid jumaat je. Hai..sodih den..apo nak jadi ngan den ni ha..
So, saya proceed ke lepas solat Hajat. Selepas itu, diadakan pula Majlis Bacaan Yassin, pun di'conduct' oleh Bilal.. Beliau cakap lepas bacaan Yassin tak sempat nak buat tahlil, so takpelah.. Mase tu en.Zainal pun ada gak, so dia jadi tetamu kehormat la
Sebelum bacaan Yassin tu, ada la beberapa orang yang tolong mengangkat botol2 air dan bukakan penutupnya termasuk la Bumak, kawan aku. Lepas habis bacaan Yassin tu, ade majlis penyampaian cenderahati sikit dan solat Isyak. Selesai solat Isyak, majlis pun selesai. Para makmum dijemput untuk mengambil air Yassin dan dibawa balik bilik dan juga ada disertakan sebungkus plastik. Bukan plastik kosong, tapi ada diisi kuih 'kesukaan saya' sebiji, dan 2 helai kuih karipap, inti kentang walhal yang lagi satu inti kacang. Ade ke karipap inti kacang? Ha, itu yang kita tak tahu..Saya pun ambil 3 helai plastik dan sehelai botol untuk dibawa balik ke bilik, dan disinilah bermulanya cerita "TENTANG ICE".

Mar 30, 2009

to AYAHANDA A.........( not his real name)

ak rse baek ko dok umah la..
l______T!!!!

Mar 14, 2009

Muhammad bin Abdullah



Rasulullah
Dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menepuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah
Kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran


Pada hari Akhirat nanti, hanya 2 golongan orang sahaja yang akan menerima shafa’at dari Nabi Muhammad, pertama, orang yang mempunyai tanda sujud di dahinya, dan kedua, orang yang mengikut Sunnah Rasulullah.

So, same2 la kite menjadi golongan yang akan menerima shafa'at dari Rasulullah..Sentiasa la ingat pada Rasulullah dengan berselawat keatas baginda selalu ye..

Mar 3, 2009

space dimention

jom g space..

Feb 28, 2009

monotheism


In theology, monotheism (from Greek μόνος "only" and θεός "god") is the belief that only one god exists.The concept of "monotheism" tends to be dominated by the concept of God in the Abrahamic religions, such as Judaism, Christianity and Islam, and the Platonic concept of God as put forward by Pseudo-Dionysius the Areopagite.