Dec 9, 2010

u'll go there


assalamualaikum peeps.

well, seems like kita baru menyambut awal muharram. semoga tahun baru ini dapat kita mulakan dengan azam dan hijrah yang baru. aku di sini alhamdulillah berada dalam keadaan sihat walafiat. okay then, lets start it.

jadi, aku nak kongsila dengan korang semua. tentang apa yang aku dapat tadi. tadi aku pergi masjid kat parit keroma ni. nak ceritakan aku ni tak la selalu pergi masjid. sembahyang kat rumah je. walaupun dah banyak kali dipaksa. hehe.

so, tadi ada ceramah lepas maghrib. so duduk la dengar. nak diceritakan, tajuk dia pasal tanda-tanda kematian. walaupun bunyi macam ngeri tapi bagus kot. jadi ustad tu cakap. sampai masa nanti, matilah kita. tidak akan terlewat satu saat dan tidak akan terlebih walau satu saat. jadi, bagi orang yang beriman, dengar saja tentang kematian, mereka tak takut. sebab dah tahu. kita semua akan mati dan apabila mati kita akan bertemu Allah. jadi yang takut tu sedar2kan lah diri sebelum terlambat.

jadi, seterusnya ustad tu ceritakan pulak pasal tanda-tanda kematian. bagi manusia yang beriman, mereka akan rasa tanda-tanda ni. tak percaya? cuba kita tengok imam al-Ghazali. panjang ustad tu cerita tapi ni singkatan nye la. aku carik kat tenet. ni dia :

Adik Imam al-Ghazali, Ahmad menceritakan saat menjelang ajal abangnya: “Pada waktu subuh hari Isnin, abangku Abu Hamid mengambil wuduk lalu bersolat. Kemudian beliau berkata: “Bawakan kain kapanku,” lalu diambil dan dicium serta diletakkan di mata sambil berkata lagi: “Aku patuh dan taat untuk masuk kepada malaikat.” Kemudian al-Ghazali mengunjurkan kakinya dan menghadap ke kiblat dan wafat sebelum matahari terbit.

jadi, memang benar ada tanda Allah berikan sebelum kita mati. cuma orang yang beriman sahaja yang perasan. jadi aku ringkaskan lagi, tanda-tanda yang usatd tu ceritakan. dan lagi sekali aku carik balik kat tenet. memang sebiji la apa yang di bagitau tu. ni dia :


TANDA 100 HARI SBLM MATI


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 4O HARI SBLM MATI


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI SBLM MATI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI SBLM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI SBLM MATI


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadaH dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

cuma apa yang lain ialah cara penyampaianya lah kan. mestila lebih kelakar dari membaca. diselitkan unsur-unsur lucu gitu. ustad tu ada gak bagitau. bila sampai masanya, terutamanya tanda-tanda akhir tu, kalau dah muncul, hendaklah kita ajarkan mengucap LAILAHAILLALLAH. kenapa tak ajar mengucap syahadah penuh? sebab dah tak sempat dah. cukup sekadar LAILAHAILLALLAH. dan insyaAllah mati dala husnul khatimah. dan juga ustad tu ada ajar pasal husnul khatimah.

tanda-tanda husnul khotimah yang ustad tu sebut,
  1. tengok pada dahi, muncul titik-titik peluh pada dahi. peluh yang kecik-kecik tu.
  2. tengok pada mata, air mengalir dari mata.
  3. tengok pada hidung, ada air mengalir. bukan hingus, tapi air.
tu la. antaranya. kalau ikot, ada banyak lagi. tapi ustad tu sebutkan yang ni saja. kalau korang nak baca lagi klik SINI. seterusnya, ada juga tanda-tanda suul khotimah. antaranya,
  1. pernah dengar lembu kene sembelih? bunyi macam tu la, mm, taktau camne nak terangkan.
  2. kulit akan kelihatan lebam-lebam hitam. bukan kulit yang putih jadi hitam, tapi akan timbul lebam-lebam hitam.
  3. akan berbuih mulut si mati. nauzubillah. itu mungkin azab yang Allah dah turunkan.
walau apapun,ustad tu cakap, contoh kalau kita tengok dah keluar buih2 tu, jangan lah cakap "HA, DAH SAH LA. NI NERAKA NI." jangan pulak cakap camtu. mungkin sempat ke ucap LAILAHAILLALLAH. so, janganlah kita buat sebarang andaian.

jadi, marilah kita mengambil iktibar atas apa yang disampaikan. janganlah dah sampai tanda-tanda ni baru kita nak bertaubat pada Allah. cukup ke 100 hari? pikir-pikirkan lah. semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang sedikit. amin.



No comments: